Wednesday, 1 June 2011

Befde kek

Hmmm...........berbulan sudah xupdate blog nie. Malas seeyyy..... Mud aku nie ikut musim. Time malas berbulan xtgk komputer pun aku malas. Semangat tue ada tp biasalah xseiring sejalan dgn perbuatan. Hishhh susah btl nk istiqamah. Oklah...kali nie aku nk post satu resepi yg aku penah cuba dr satu blog. Aku slalu cuba resepi dr sweetvanilla.blogspot.com. Kredit kat empunya blog nie. First time buat chocolate cheese brownies nie ikut resepi dia btul2. Alhamdulillah menjadi. Bg kwn2 mkn dpt feedback yg bagus. Sampaikan kwn aku asmah (kak jaja yg cita :0) penah ckp dia nk mkn kek lain pun teringat rasa kek nie sbb kaya dgn rasa cekelatnyer. (apalah cita asmah skrg nie) Mmmm....nyum nyum. Second time buat aku dh start ngan habit aku. Try n error. Aku guna resepi kek cekelat lain tp resepi keju sama. Rasanyer tetap marvellous. Aku survey blog lain pun dpt feedback yg sama gak. Terbaek..!!! Kali ke3 buat utk befdey husband aku. Konon nk suprisekan dia nk tutup lampu ltk lilin ngam2 kul 12 bg kat dia. Huhhhh....alih2 kek aku siap kul 12 suku dia dh berdengkur. Terpaksala nyanyi kat telinga dia lagu befde kuat2 suh bgn(dia nie kalo tido sambil dgr mp3). Celik mata jer buat muka blur tanya apakah yang sdg belaku nie? Chaisss!!! Rupa2nyer dia xingat befde dia. Huh kalu ku tahu aku pun buat2 xtau jer. Aku pun tunjukkanla kek befdey dia (masa nie plain jer sbb xsempat buh topping) . Terharula konon dia tgk aku susah2. Hmm...berbaloi aku kecah2kan dapur bila tgk dia terharu n ckp trima kasih. Biasala awal2 kawen. Romantik tue masih ada (Hakkk tuiii!!!). Esokkan blk kejer brla aku toppingkan kek n buh strawberry. Brlah dpt mkn. Nanti korang cubalah. Sodappp!!! Terbaekkk...Kek nie mmg xjemu buat n mkn. Aku pun dh bnyk kali buat. Mcm2 resepi kek cekelat aku dh cuba. Insyaallah msti jdnyer.



Chocolate Cheese Cake

Lapisan kek coklat (blh guna mana2 resepi kek coklat)
(nie resepi dr nuanza. thanx for sharing)

1 cawan serbuk koko 
1 cawan susu cair 
1 cawan susu pekat 
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun blh)
1 ¼ cawan tepung gandum 
1/2 cawan gula
3 biji telur
1 tsp baking powder 
1/2 tsp soda bicarbonate 

Lapisan keju

250gm cream cheese (mana2 brand pun blh)
1/4 cawan gula
25ml air
1 biji telur

Topping

200gm coklat masakan 
120ml whipping cream
1 sudu besar marjerin


a) Untuk lapisan keju

1. Masukkan semua bahan kecuali telur dan putar sehingga kembang
2. Kemudian masukkan telur dan pukul sekejap jer sudah untuk bagi dia rata

b) Untuk kek coklat

1. Panaskan pengukus dahulu
2. Panaskan serbuk koko, susu pekat dan susu cair, gula dan minyak dalam periuk hingga semuanya larut. Kemudian biarkan ianya suam sedikit
3. Tepung, soda dan baking powder diayak terlebih dahulu
4. Telur dipukul dan dimasukkan ke dalam bancuhan koko tadi
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati
6. Masukkan separuh dalam loyang dgn dilapik kertas minyak ataupun dilengser dgn mentega pun blh.
7. Tutup loyang dgn aluminium foil (utk elak air menitik atas permukaan kek)
- dulu aku balut pengukus dgn plastik jer. Kdg2 xbuat pun malas. Jdnya kek aku menggelembungla sikit.
7. Kukus dalam 20 minit
- sementara tunggu masak ni blhla bancuh adunan keju
8. Selepas itu masukkan lapisan keju pula then kukus lagi 20 minit
9. Masukkan adunan coklat yang selebihnya dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak (mcm biasa tahap konfiden aku masih dibawah paras beku jd genap 30 minit aku pun cucukla dgn lidi nk test kek dh masak ke blum)


c) Topping

1. Cairkan semu bahan dgn kaedah double boiler.
2. Kacau sehingga ianya likat dan pekat
3. Kemudian biarkan ianya suam2
4. Selepas itu brlah dituang keatas kek tadi
5. Hiaslah mengikut kreativiti anda

Hmmm.......bubuh strawberrylah br menggiurkan orang melihatnya...
Selamat mencuba














No comments:

Post a Comment